Jemput LIKE page ini :))

Pengerah Jemari

Tentang Aku

Foto saya
Suka menulis, dengar lagu, baca novel dan berangan.

Ahad, 22 September 2019

Lawak Budak Sekolah #6

Atas permintaan ramai (sumber daripada CEO Komik M), siri Lawak Budak Sekolah kembali lagi! Tapi buku LBS#6 ini bukan papa Altamis yang lukis tapi papa Froggy. Eh, Froggypapa!


Muka depan LBS #6 (Sumber: Froggypapa)


Yang menariknya, pembaca juga berpeluang memenangi Beyblade dengan menyertai peraduan yang dianjurkan oleh Komik M. Macam mana nak menang? Dapatkan LBS #6 di kedai buku berhampiran anda untuk mengetahui syarat-syarat dan cara nak sertai peraduan ini, okey!


Buku-buku LBS di Gallery Bookstore, Taiping. (Sumber: Komik M)


Tanpa pembaca, mungkin siri LBS tidak akan wujud sehingga sekarang. Bagi pihak Poyo (atau arwah Jefferi Abdul Rahman), terima kasih atas sokongan anda terhadap siri LBS! Doakan arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman di sisi-Nya. Amin... 

Sabtu, 3 Ogos 2019

Pernah Bahagia



Terlayan lagu ni sebab drama Utusan Cinta Buat Adam (adaptasi daripada novel Myra Ameer). Tapi bila hayati lirik lagu ni, ada bahagian yang menyentuh hati sebab kena dengan pengalaman sendiri. 


Pinjamkan masa silam untuk bermimpi
Ulang detik indah yang berharga
Walau seketika pernah kubahagia
Yang kurindu hanya manis semalam
Yang kubayangkan seindah syurga
Harapan kau berikan
Kenangan kau lukiskan
Tiada lagi....


Makanya, sekarang lagu ni jadi peneman bila menulis :))

Sabtu, 22 Jun 2019

Siri LBS Bakal Diteruskan?


"Betul ke Uncle Froggy nak sambung komik LBS papa ni?"

Begitulah yang diberitahu oleh pihak penerbit memandangkan masih ada permintaan terhadap siri komik ini. Jadi, sama-sama kita nantikan kelahiran LBS #6!

Khamis, 11 April 2019

Cerita PBAKL 2019

Alhamdulillah, tahun ini impian saya untuk menghadiri pesta buku bersama-sama Poyo Junior telah tercapai! Tapi, biasalah Altamis masih kecik lagi. Jadi, dia tak adalah excited macam mamanya. Hu hu... Altamis excited dan happy sebab dapat jumpa mama aje. Hee~

Tahun ini tak dapat jumpa kawan-kawan sangat sebab kita bawa budak kecik itu, kan. Mana yang jumpa pun sempat hai hai bye bye aje. Memang tak berani nak janji untuk berjumpa macam tahun-tahun sebelum ini. Lagipun, malulah tak ada buku baharu. Haha.

Di booth KaryaSeni dan Penulisan2u

Tapi, sempat juga luangkan waktu dua hari terakhir untuk berjumpa kawan-kawan dan memborong beberapa buah novel baharu untuk dijadikan rujukan. 

Pokai sudah! T__________T

Teringat tahun lepas, ada seorang kawan saya yang mencadangkan supaya saya baca novel Prolog Media. Saya diamkan saja padahal sebenarnya masa tu saya dah baca hampir kesemua judul novel terbitan Prolog. Hu hu. Saya suka baca novel-novel Prolog sebab saya tahu saya tak mampu nak tulis kisah-kisah macam ni. Jadi, mampu baca sajalah.

Okey, PBAKL 2020 nanti pastikan ada novel baharu ya!

Selasa, 2 April 2019

Learning Port Interactive

Apa itu Learning Port Interactive?

Learning Port Interactive merupakan suatu kaedah pembelajaran secara interaktif yang dibina selaras dengan sukatan KSSR (sekolah rendah) dan KSSM (sekolah menengah). Antara mata pelajaran yang ditawarkan ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Biologi, Kimia, Fizik dan Sejarah. 



Selain nota pembelajaran dalam bentuk visual dan mindmap, Learning Port Interactive ini juga dilengkapi dengan Latihan dan Bank Soalan mirip peperiksaan sebenar. 


Berita baik!

Pihak Learning Port ingin memberikan Akses Percuma Selama 30 Hari kepada mana-mana sekolah yang berminat! Jika anda berminat, bolehlah menghubungi Pegawai Pemasaran Learning Port di talian 016-649 9995 atau 014-224 9818 (WhatsApp).



Juga boleh like Facebook Learning Port: Learning Port Sdn Bhd, follow Instagram Learning Port: learningportofficial atau YouTube Channel: Learning Port Interactive

Rabu, 27 Mac 2019

PBAKL 2019

PBAKL 2019 bakal menjelang! Tahun lepas hari pertama pesta buku jatuh pada hari jadi Altamis tapi tahun ini pula jatuh pada hari jadi mama. Rasa macam semua orang dok sibuk nak sambut hari jadi mama. Semua orang dok 'hadiahkan' mama cover novel baharu. He he


29 Mac hingga 7 April 2019, PWTC

Tahun ini tahun ketiga pesta buku tanpa arwah papa Altamis. Itu yang mama rasa macam kurang excited sikit. Kalau Altamis ada dengan mama, boleh juga mama bawa Altamis pergi pesta buku. Altamis kan baby pesta buku =)

Tahun ini juga tahun ketiga mama tak ada novel baharu. Manuskripnya sudah sampai klimaks tapi entah kenapa rasa tak sampai-sampai ke garisan penamat. Tup, tup, pergi tulis cerita lain pula! Haish~ Harap-harap dapatlah siapkan satu manuskrip tahun ini. Kalau nak baca, boleh baca di sini ya dan berikan komen.

https://www.wattpad.com/myworks/181425183-jodoh-datang-bergolek

Oh, ya! Kalau sudi, boleh juga dapatkan novel Cinta Gantung dan Bukan Tak Suka di booth Penulisan2u dan KaryaSeni nanti ya.



Sabtu, 17 November 2018

Karnival Kesenian Kanak-kanak 2018 di Kuantan Parade

Berita gempak untuk korang yang berada di Kuantan! 

KaryaSeni dan Penulisan2u ada buka booth sempena Karnival Kesenian Kanak-kanak 2018 di Kuantan Parade, Kuantan, Pahang bermula 16 November sehingga 18 November ini. Selain harga novel serendah RM5, novel-novel baharu terbitan November juga ada di sini.





Novel Cinta Gantung dan Bukan Tak Suka juga dijual dengan harga yang istimewa iaitu RM10 setiap satu. 



Jadi, apa tunggu lagi? Esok hari terakhir! Jangan lepaskan peluang ini untuk memiliki novel-novel KaryaSeni dan Penulisan2u dengan harga yang istimewa.