Jemput LIKE page ini :))

Pengerah Jemari

Tentang Aku

Foto saya
Suka menulis, dengar lagu, baca novel dan berangan.

Khamis, 29 September 2011

Terus dibuli atau bangkit berdiri?

Memandangkan aku tiada novel baru, mari aku perkenalkan novel baru daripada seorang teman iaitu...




“Maaf, saya tak suka akan pergaduhan. Saya mahu balik,” ujar Adir.
“Kamu adalah yang terpilih! Kamu perlu tolong saya!”
“Saya tak mahu!”
“Kalau tidak, kamu tak boleh balik!” bentak Floria



Novel ini ialah novel kanak-kanak pertama karya Rizai Reeani. Jadi, susunan babnya agak pendek. Sekejap saja, sudah habis baca. Namun begitu, jalan ceritanya tetap mengandungi pengajaran dan nilai-nilai murni.

Kepada sesiapa yang suka baca novel fantasi, bolehlah cuba baca novel ini. Novel ini sudah pun berada di kedai-kedai buku seluruh Malaysia.

Sabtu, 24 September 2011

Tinjauan di MPH, SACC Mall, Shah Alam

Hasil tinjauan novel "Budak SMART" di MPH, SACC Mall, Shah Alam dalam jarak waktu sebulan.



21 Ogos 2011

Enam naskhah



23 September 2011

Tiga naskhah



Benarkah cover sesebuah novel memainkan peranan besar dalam menarik perhatian pembeli?

Khamis, 15 September 2011

Menanti Kelahiran

Tahun 2011 masih berbaki empat bulan. Dua manuskrip perlu disiapkan sebelum tahun 2012 menjelang. Siap saja, terbitnya tidak tahu bila kerana itu urusan penerbit.




Tapi tak apa, kerana ada 'kelahiran' lain yang sedang dinanti bulan 11 ini :)

Ahad, 4 September 2011

Novel Kafe

Sukacitanya dimaklumkan bahawa novel "Budak SMART" dan "Pemuja Rahsia" kini juga boleh dibeli secara online di Novel Kafe milik novelis Izza Aripin.




Sekiranya anda tinggal berhampiran dengan sekitar kawasan Cheras, anda juga boleh datang sendiri ke premis Novel Kafe yang terletak di Jalan Tun Perak 1, Taman Tun Perak. (lihat peta di sini)

Selain dua buah novel ini, terdapat banyak lagi novel-novel terkini dan terhangat di pasaran yang dijual di sini!

Selasa, 23 Ogos 2011

Ada rupa kad raya tak?

Hari raya semakin hampir, tetapi kerja masih tak habis-habis. Apa-apa pun, selamat hari raya kepada semua umat Islam di seluruh dunia terutamanya pembaca novel Ilmar Imia dan Fathi Ramli.

Terima kasih atas sokongan kalian. Sebagai hadiah, terimalah kad raya yang tidak seberapa ini. Hehehe.




Semoga semuanya selamat pulang ke kampung masing-masing dan selamat kembali. Maaf zahir batin.

Isnin, 22 Ogos 2011

Menangi Komik Eksklusif

Adakah anda warganegara Malaysia?

Sudah like page Kecemprengman di Facebook?

Juga memiliki komik Kecemprengman?

Dan suka bergambar?

Jika anda memenuhi keempat-empat syarat di atas, maka anda berpeluang memenangi senakhah komik raya terbaru terbitan Komik M, iaitu "Misi Menyelamatkan Puan Ainon"!




Bagaimanakah caranya?

Mudah saja! Cuma ambil gambar bersama komik Kecemprengman #1 atau #2 dengan berbaju raya dan dalam suasana raya sekreatif yang mungkin. Kemudian, postkan gambar tersebut pada wall page Kecemprengman.

LIMA gambar yang paling kreatif akan menerima komik MMPA ini sebagai "duit raya".

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 8 SEPTEMBER 2011.


*Saya sudah baca komik ini. Best!

Ahad, 21 Ogos 2011

Budak SMART di MPH, SACC Mall

Sewaktu orang lain dok sibuk beli baju raya, aku pula masih dok sibuk beli novel. Jika aku sedang gila membeli novel, itu tandanya semangat aku sedang jatuh dan aku memerlukan novel bagi meningkatkan kembali semangat menulis.

Semalam aku sempat meninjau novel "Pemuja Rahsia" dan "Budak SMART" di kedai buku MPH, SACC Mall, Shah Alam alang-alang sudah sampai di sana untuk menyelesaikan urusan peribadi.

Kali terakhir aku ke sana, novel "Pemuja Rahsia" ada 10 buah. Namun semalam, cuma ada 5 buah. Novel "Budak SMART" pula ada 6 buah di rak yang lain. Jadi, maknanya novel "Budak SMART" juga sudah berada di kedai-kedai buku.


Tinggal enam buah saja lagi.


Terima kasih kepada pembaca yang membeli kedua-dua novel ini. Harap anda terhibur membacanya. Sebarang komen atau pendapat, layangkan saja di Facebook Ilmar Imia :)