Pada bulan Januari...
Pertama kali saya memegang novel yang saya tulis sendiri. Melihat nama sendiri tertera pada kulit buku. Walaupun hanya nama pena. Rasa macam tak percaya dan teruja pun ya juga.
Ada yang tidak tahu bahawa sebelum novel Budak SMART, saya sudah pun menghasilkan sebuah novel cinta bersama penerbit KarnaDya Solutions. Mungkin kerana nama pena yang berbeza.
Novel ini juga mempunyai 1001 kisah dan perjalanan yang panjang sebelum diterbitkan yakni hampir dua tahun. Apa pun, tanpa yang pertama, takkan ada yang kedua dan seterusnya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan