Jemput LIKE page ini :))

Pengerah Jemari

Tentang Aku

Foto saya
Suka menulis, dengar lagu, baca novel dan berangan.

Ahad, 6 Julai 2014

Pengalaman Buat Kuih Raya Sendiri

Alhamdulillah, kita sudah masuk hari kelapan dalam bulan Ramadan. Sepanjang lapan hari ini memang saya tidak bukak laptop langsung. Manuskrip pun terperap saja walaupun sudah mencecah 200 muka surat lebih. Tak tahulah kenapa puasa kali ni rasa macam penat sangat. Balik kerja, memasak, lepas isyak terus tidur. Keesokannya bangun awal untuk bersahur. Begitulah hari-hari. Tengok laptop pun dah tak lalu.

Selepas buat kuih Cornflakes Coklat hari tu, saya cuba pula buat kuih lain seperti semperit dan sarang semut berpandukan resepi dalam Internet dan Youtube. Tengok orang buat macam senang, saya pun buatlah juga. Memang ikut resepi dalam Youtube sebijik-sebijik. Sukatan tepung, marjerin, telur... Tapi bila masuk oven, mak aih! Fail!

Okey, nak buat kuih bukan setakat tahu bancuhan dan bahan-bahan tapi juga kena tahu cara nak guna oven. Nak guna api atas ke, api bawah atau api atas bawah. Yalah, kalau tengok Youtube pun mana ada yang ajar guna oven. Semuanya setakat tunjuk buat bancuhan kuih, bentukkan dalam acuan kemudian bakar pada suhu sekian sekian selama sekian sekian. Kan?


Ni gambar Google tapi macam nilah rupa oven saya.
 

Dalam masa dua hari saja, dah berapa banyak bancuhan yang terpaksa saya buang. Kali pertama, saya cuba buat biskut Dahlia. Kata suami, bancuhan agak keras tapi rasanya ada. So, dikira tak jadi dan terpaksa dibuang.

Kali kedua, saya cuba buat kuih Sarang Semut pula. Siap pakai alat penimbang! Dah siap parut, masukkan ke dalam cawan kertas. Ada rupa. Rasanya pun sedap. Tapi bila masuk oven, lebur!

Kali ketiga, saya cuba buat semperit lepas mintak resepi daripada ibu saudara. Masalahnya pula doh tu macam tak bersatu. Pecah-pecah. So, tak dapat nak bentuk. Tapi bila rasa, okey aje.

Rasa give up pula nak buat kuih raya sendiri. Patutlah orang lebih suka beli. Tak payah susah-susah nak berlumur dengan tepung segala bagai. Masak lauk-pauk pun tak sesusah macam ni. Main campak-campak aje sesuka hati. Tapi jadi jugak. Agaknya saya lebih sesuai buat kuih yang tak perlu guna oven. Huhu~

Tapi bila mengenangkan banyak duit dah habis beli mixer, oven dan bahan-bahan macam orang nak berniaga, maka harus gagahkan diri buat sampai jadi!

Tiada ulasan: