Jemput LIKE page ini :))

Pengerah Jemari

Tentang Aku

Foto saya
Suka menulis, dengar lagu, baca novel dan berangan.

Isnin, 4 Ogos 2014

Cerita Raya

Cuti raya dah habis. Ramai yang dah kembali bekerja. Untuk mengelakkan kesesakan jalan raya, saya dan suami pulang awal sedikit ke Shah Alam. Maka, pagi hari Sabtu kami sudah bertolak pulang ke tempat mencari rezeki.
 
Memandangkan sebelum balik kampung hari tu, tak sempat nak kemas rumah, maka dua hari cuti yang ada digunakan untuk mengemas rumah. Saya juga sempat menyiapkan dua jenis kuih untuk dibawa ke ofis. Dulu beli tepung tak ingat dunia, dah macam orang nak berniaga. So, sekarang terpaksalah menghabiskan tepung-tepung tu.
 
Untuk menebus ketidakpuasan hati saya, saya buat semula kuih semperit. Kali ini saya ikut saranan mak cik supaya menggaulkan kesemua bahan untuk mengelakkan mentega dan gula kembang supaya bila bakar nanti kuih tak kembang. Alhamdulillah, hasilnya dapat 'bunga' yang cantik sedikit daripada hari tu. Rasanya pun mirip dengan semperit yang biasa mak cik saya buat. Yeay! Mak cik sarankan saya buat sampai mahir.


Semperit Mak Busu :p
 
Malamnya pula saya cuba satu resepi baru. Senang aje! Caranya sama macam buat kuih Cornflakes Coklat tapi menggunakan coklat putih dan tambahkan beberapa bahan lain seperti badam dan kismis. Resepi asal ada letak kuaci dan bijan tapi saya tak letak sebab tak berapa gemar.
 
Mutiara Coklat Kekacang (Kelas kan namanya?)
 
 
Bila bawak pergi ofis, ramai yang kata sedap. Belum sampai waktu balik dah habis. Ada yang cari resepi ni dalam Internet. Hmm, saya tak pasti sama ada resepi kuih ni ada dalam Internet atau tak sebab saya ambil resepi kuih ni dari belakang kotak Cornflakes kat rumah mak abah masa raya hari tu. Hee~


 
Termasuk dua jenis kuih ni, maka ada enam jenis kuih yang saya buat tahun ini. Dan kuih yang paling menjadi kegemaran keluarga saya ialah...

CORNFLAKES COKLAT
(Walaupun ada dua balang tapi tetap habis dulu.)

Tempat kedua...
BISKUT JEJARI COKLAT


Kedua-dua kuih ni tak perlu guna oven. Mungkin sebab guna coklat Beryl, tu yang semua orang suka. Ahak~ Untuk kuih Mutiara Coklat Kekacang pun saya guna jenama Beryl. Agaknya kalau saya bawak balik kuih ni, mesti kuih ni pun keluarga saya suka :)

Tiada ulasan: