Jemput LIKE page ini :))

Pengerah Jemari

Tentang Aku

Foto saya
Suka menulis, dengar lagu, baca novel dan berangan.

Jumaat, 27 Disember 2019

Di Sebalik Tabir: Cerpen Mana Papa?

Rasanya macam sudah lama nama ILMAR IMIA tak ada pada cover buku, bukan? Walaupun kali ini nama ini cuma ada pada cover belakang saja. He he!

Himpunan LBS 1, 2 dan 3 dalam satu buku.

Ketika diminta menyumbangkan satu cerpen dalam komik Lawak Budak Sekolah (Bumper), saya rasa ragu-ragu, otak kosong dan ilham tak muncul. Tak tahu nak tulis cerita apa memandangkan siri ini sudah ada pengikutnya sendiri. Takut merosakkan jenama LBS yang bergenre humor sedangkan saya tak pandai tulis cerita lawak T_____T

Tiba hari deadline, saya masih tak tulis apa-apa. Saya rasa macam tak dapat nak penuhi hasrat tuan editor. Saya pasrah dan reda. Biarlah buku ini terbit tanpa nama saya terselit dalamnya. Mungkin tak ada rezeki...

Tapi, tuan editor yang baik hati tetap beri masa kepada saya walaupun saya tahu ketika itu naskhah ini sudah mahu dihantar ke kilang pencetak. Demi tidak menghampakan tuan editor yang sudah banyak membantu sejak arwah tiada, saya berjanji akan cuba menghantarnya secepat mungkin. Namun sekali lagi, ilham tak kunjung tiba.

Petang itu selepas waktu kerja, saya terus ke kedai buku berhampiran. Belek-belek buku di sana. Mana tahu ada yang dapat dijadikan rujukan. Alhamdulillah, saya jumpa satu buku antologi cerpen terbitan Ana Muslim. Saya baca dan cuba ambil mood kanak-kanak. Hee~

Antologi cerpen terbitan Ana Muslim.

Alhamdulillah, malam itu saya dikurniakan ilham yang tercetus daripada babak sebenar. Pernah suatu hari ketika saya dan anak sedang menikmati angin sepoi-sepoi di atas buaian, tiba-tiba si anak bertanya bila papanya nak balik. Terkedu saya dibuatnya!

Babak yang terakam dalam memori saya itu saya muntahkan di skrin sambil mencantumkan mana-mana babak yang berkaitan. Namun, cabarannya tidak berakhir di situ saja kerana telinga saya lebih tertarik dengan suara televisyen yang ketika itu sedang menyiarkan drama Tiga Abdul. Daripada dok jeling-jeling, tanpa sedar saya terduduk depan TV! T_____T Selepas drama itu tamat, barulah saya dapat fokus terhadap penulisan cerpen ini.... 


Terima kasih, Komik M atas peluang yang diberikan.

Nampak macam pendek saja, bukan? Tapi nak menulisnya berkurun lama kurahsiakan cintaku padamu.... Eh!

Sebenarnya saya sedang menunggu penilaian sebuah manuskrip novel daripada satu penerbit ini. Harapnya adalah berita baik tahun depan. Doakan nama ILMAR IMIA kembali mewarnai industri buku. Hee~

Tiada ulasan: