Jemput LIKE page ini :))

Pengerah Jemari

Tentang Aku

Foto saya
Suka menulis, dengar lagu, baca novel dan berangan.

Sabtu, 17 Oktober 2015

BTS di MPH

Hari tu pergi MPH (SACC Mall, Shah Alam) tengok Bukan Tak Suka disusun dua baris. Hari ni pergi MPH tengok Bukan Tak Suka dah tinggal sebaris!


Gambar yang diambil pada 10 Oktober lalu


Gambar hari ini (17 Oktober)


Alhamdulillah, mudah-mudahan kisah Elfira dan Danish dapat memenuhi selera pembaca walaupun ceritanya hanya berkisarkan kehidupan pelajar universiti. 

Sabtu, 10 Oktober 2015

BTS sudah masuk kedai!

Assalamualaikum, pembaca sekalian!

Berita baik buat anda yang berada di sekitar KL Sentral. Novel Bukan Tak Suka dan novel-novel Penulisan2u serta KaryaSeni untuk terbitan bulan Oktober sudah pun ada di kedai buku Sun@Mag yang terletak di tingkat 1, KL Sentral. Jadi, kepada anda yang ingin mendapatkan novel-novel tersebut dengan cepat, bolehlah berkunjung ke sana ya.
 
 
 
 
Jika anda mahu beli daripada saya, boleh juga tetapi mungkin lambat sedikit kerana saya perlu menunggu stok daripada Penulisan2u sampai. Tambahan pula, saya juga bekerja. Maka, waktu untuk ke pejabat pos juga agak terbatas. Tapi kalau anda sanggup tunggu, saya okey aje. Hee.

Sabtu, 3 Oktober 2015

Nak Beli Novel BTS?

Berita baik untuk orang Penang! Novel Bukan Tak Suka aka BTS dan novel-novel bulan Oktober daripada KaryaSeni dan Penulisan2u boleh didapati di Jom Heboh yang berlangsung di Stadium Batu Kawan hujung minggu ini. Dengarnya, boleh dapat harga istimewa tau. Hee.
 
 
 
 
Buat makluman anda juga, novel-novel ini juga sudah boleh dibeli secara online. Juga dengan harga istimewa. Jadi, untuk yang tidak dapat ke Batu Kawan, bolehlah beli melalui online ya.
 



Ada yang bertanya untuk beli BTS daripada saya. Buat masa ini, stok BTS tiada dengan saya. Insya-Allah, kalau sudah ada nanti saya uar-uarkan. Apa-apa pun, terima kasih atas sokongan anda!

Rabu, 30 September 2015

Novel Baharu - Bukan Tak Suka

Yeay! Blurb dan cover rasmi dah keluar daripada Penulisan2u. Jangan lupa dapatkan novel ni di pasaran nanti ya. Hee.




Tajuk: Bukan Tak Suka
Penulis: Ilmar Imia
Penerbit: Penulisan2u
ISBN: 978-967-0567-90-7
Harga: RM23 (Semenanjung) // RM26 (Sabah & Sarawak)
Terbitan : Oktober 2015
Diskaun : RM3
Postage : Percuma
Cara Beli : www.p2u.my @ Aplikasi Penerbitan Karyaseni

ELFIRA, si gadis santai dan selalu ceria. Namun, moodnya jadi tak menentu tatkala terpaksa berpasangan dengan DANISH, si studen repeater, untuk assignment kali ini. Bermacam-macam yang buruk dia dengar tentang lelaki itu. Tak datang kelas, pendiam dan sebagainya. Memang tak ngamlah dengan dia.
“Berilah nombor telefon, mak tiri.” - Danish
“Eee, suka-suka hati aje panggil orang mak tiri. Sejak bila pula saya kahwin dengan ayah awak?” - Elfira

Lantaran sikap Elfira yang gemar marah-marah dan garang, Danish sering memanggilnya dengan panggilan ‘mak tiri’. Pada mulanya Elfira tidak menyukai panggilan itu tetapi lama-kelamaan dia mula merasakan itu satu panggilan manja buatnya. Sikap Danish yang sentiasa tenang membuatkan dia mula berasa selesa apabila bersama dengan lelaki itu.
Saat hati mula berbunga-bunga cinta, Elfira mengambil keputusan untuk menjauhi Danish kerana dia yakin Danish sudah berpunya. Elfira sanggup menukar partner tugasannya dengan ANZALNA, sahabat baiknya, semata-mata untuk melupakan perasaannya itu.
Anzalna, si gadis cantik persis Neelofa yang menjadi pujaan ramai lelaki sehinggakan dia tidak suka ada orang yang lebih daripada dia terutamanya Elfira. Sungguh dia dengki dengan segala yang berkaitan dengan Elfira termasuklah Danish. Anzalna sanggup lakukan apa sahaja asalkan Danish menjadi miliknya. Anzalna juga tegar menyatakan kepada Danish bahawa Elfira sudah bertunang walaupun perkara itu tidak pernah berlaku.
“Kenapa awak bersusah payah ambil hati ibu dan keluarga saya? Mungkin awak boleh mengaburi mata ibu dan keluarga saya tapi bukan saya.” - Danish
“Apa yang awak cakapkan ni? Saya tak faham. Saya tak ada niat apa-apa pun.” - Anzalna
“Saya tahu awak faham maksud saya. Walau apa pun niat awak, saya harap awak lupakanlah. Saya tak ada hati kepada awak. Hati saya dah ada seseorang.” - Danish
Apa motif Anzalna yang sebenarnya dalam menambat hati Danish? Bagaimana pula perasaan Elfira apabila mendapat tahu yang Anzalna cuba memikat hati Danish? Dan siapa dalam hati Danish? Semuanya terjawab dalam Bukan Tak Suka.

Selasa, 29 September 2015

Akan Datang Oktober 2015



Alhamdulillah, ada juga "buah tangan" untuk tahun ini. Hee. Nantikan Oktober ini ya :))

Selasa, 30 Jun 2015

Saya dan Susu

Orang kata, makanan yang terbaik untuk bayi adalah susu ibu tapi tak semua ibu bertuah dapat berbuat begitu termasuk saya. Saya bersalin secara pembedahan. Jadi, saya tak berpeluang menyusukan anak saya sejurus dia dilahirkan. Malah, beberapa hari selepas dilahirkan barulah saya dipertemukan dengannya memandangkan kesihatan saya tak begitu memberangsangkan. Hal ini bermakna sejak lahir lagi dia sudah 'merasa' susu formula.

Pada suatu hari, tiba-tiba seorang misi datang kepada saya dan menyuruh saya memerah susu. Saya blur. Macam-macam soalan bermain dalam benak saya. Buat apa nak perah susu? Macam mana nak perah? Saya kata saya tak ada susu. Dan misi tu pun beredar. Esoknya, sekali lagi saya disuruh perah susu. Saya beritahu lagi yang saya tak ada susu. Misi tu tak puas hati lalu dia tolong perahkan untuk saya. Ternyata saya tak bercakap bohong. Memang tak ada!

Alhamdulillah, lepas dah beberapa kali pam, adalah juga susu walaupun sikit aje. Satu aun pun tak sampai. Huhu. Dah macam-macam produk cuba untuk banyakkan susu tapi tetap macam tu juga sampaikan rasa putus asa.

"Awak tak minum susu ke?" Tanya misi.
"Saya minum susu kotak Dutch Lady tu tapi cirit-birit," jawab saya.
"Cubalah susu tepung. Anmum ke..." Misi memberi cadangan.
"Baiklah." Saya akur sajalah.

Selepas membuat kajian dan perbandingan dalam Internet, saya buat keputusan untuk cuba susu Enfamama. Tapi susah pula nak jumpa. Puas suami pergi cari kat kedai, asyik habis stok aje. Laku sungguh susu ni ya. Akhirnya, suami jumpa kat sebuah farmasi. Tu pun tinggal satu aje katanya. Makanya, dengan semangat yang berkobar-kobar saya pun cuba minum susu tu. Rasa susu tu okey aje. Boleh telan. Tapi tak lama lepas tu, mulalah berlari ke tandas!

Entah sejak bila pula badan ni tak dapat minum susu padahal waktu kecik-kecik dulu okey aje minum susu. Bila buat kajian dalam Internet, memang ada orang yang tak boleh minum susu. Tapi daripada sumber tersebut, katanya boleh gantikan susu dengan produk tenusu lain macam keju, yogurt atau aiskrim.

Aiskrim tu macam best aje bunyinya (^______^)

Tapi suami kata aiskrim tu kan sejuk. Mana boleh makan. Kan tengah berpantang lagi T_______T

Khamis, 4 Jun 2015

Saya Kini Seorang Ibu (^_____^)

3 JUN 2015


Sepatutnya tarikh ini adalah tarikh saya dijangka bersalin. Tapi atas kehendak takdir, saya selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 1.985 kilogram pada 27 April 2015 melalui pembedahan. Kira-kira sebulan lebih awal.

Sehari selepas menghadiri pesta buku di PWTC yakni hari sabtu, badan saya terasa penat sangat. Justeru, saya hanya menghabiskan masa berehat di rumah pada keesokan harinya. Mana tak penat, sepanjang hari saya berjalan tanpa rehat berjumpa dengan kawan-kawan. Antaranya, Ratu Bulan, Maria Kajiwa, Nadir Shazly dan editor Ana Muslim, Yana. Mungkin inilah balasannya apabila melawan cakap suami. Suami tak bagi pergi tapi degil nak pergi juga T____T

Lebih teruk lagi, saya mengalami sakit kepala yang teramat sangat pada pagi Isnin. Rasa macam saya akan menemui ajal pada hari itu. Memang tak tahan sangat. Sangka saya, mungkin saya kepenatan dan tak cukup tidur. Jadi, saya beritahu suami yang saya mahu tidur dulu kerana sepatutnya saya perlu ke klinik kesihatan untuk pemeriksaan bulanan pagi itu. Selepas itu saya dah tak ingat apa-apa.

Sejurus saya buka mata, saya lihat wajah suami saya dan dia beritahu baby sudah keluar. Saya kehairanan. Macam-macam soalan bermain dalam kepala.


"Baby dah keluar?"
"Macam mana pula baby boleh keluar?"
"Bukan ke masih belum cukup 9 bulan?"


Menurut cerita suami saya, saya tak sedarkan diri. Justeru, saya dikejarkan ke hospital dengan menaiki ambulans. Doktor cakap saya perlu dibedah segera demi keselamatan diri saya dan bayi dalam kandungan kerana saya mengalami eklampsia (sila google). Saya pernah dengar perkataan ini ketika membuat kajian tentang kehamilan tapi tak pernah terfikir perkara ini akan berlaku kepada saya.


Apa-apa pun, syukur alhamdulillah semuanya sudah selamat. Baby pun sudah berusia 38 hari (1 bulan 8 hari) hari ini. Hal ini bermakna ada 6 hari saja lagi untuk berpantang. Yeay!


Apa? Kena berpantang 100 hari?


Tidak!!!